Pages - Menu

Pages

Wednesday 15 January 2014

KENALI JIN

MUSUH SEBENAR MANUSIA


Hidup didunia ini banyak cabaran dan dugaan yang harus kita tempuhi
malah kita tidak mengetahui bahawa di sekeliling kita mempunyai musuh yang 
ingin merosakkan dan menghapuskan kita. Sesungguhnya banyak hadis dan ayat Al-Quran
yang menceritakan tentang alam kehidupan makhluk bernama jin atau makhluk halus 
yang hanya dapat dilihat mengunakan mata halus. Jin dicipta daripada api yang sangat panas
iaitu sel,atom atau nukleus-nukleus api. Selepas itu ia dimasukkan roh atau nyawa padanya,
maka jadilah makhluk ini hidup seperti dikehendaki oleh Allah SWT malah jin jugak 
boleh menzahirkan diri dalam pelbagai bentuk dan rupa yang disukai mengikut tahap dan 
kemampuan masing-masing kecuali menyerupai wajah Nabi Muhammad SAW.


Raja-raja jin di alam atas langit 
(beragama islam)
1: Jibriyaail
2: Mikiyaail
3: Samsamaail
4: Ruqiyaail
5: Kasfiyaail
6: Sarfiyaail
7: Ainyaail

Raja-raja jin di alam atas langit
(Kafir)

1: Akhmar
2: Burkhan
3: Syamhurisah
4: Mazhab
5: Marrah
6: Maimon
7: Zubaiah





Terdapat empat kerajaan besar golongan kerajaan jin ifrit di seluruh alam ini. Mereka 
ini pernah bekerja dibawah pemerintahan Nabi sulaiman sebagai menteri,Mereka juga adalah 
jin  ifrit paling jahat sekali antara semua bangsa jin.

1: Munalig
2: Hadlabajan
3: Sughal
4: Thamrit

Raja-raja dari anak-anak iblis

Terdapat lima kerajaan besar yang diperintah oleh anak-anak iblis 
berserta dengan tugas-tugas mereka.

1: Dassim

Tugas jin ini merasuk manusia supaya bercerai-berai antara suami isteri,
adik-beradik,sahabat handai dan jiran tetangga.Dassim juga bertanggungjawab
memutuskan silaturahim,kekeluargaan,jemaah dan seumpamanya.

2: Mabsuut

Jin ini tugasnya merasuk dan menghasut manusia supaya memfitnah,
mengadu domba,dengki khianat dan seumpamanya.

3: Thubar

Tugasnya merasuk manusia yang ditimpa masalah,musibah 
dan bala bencana supaya berputus asa dari rahmat Allah.Seleps dirasuk
mereka menyumpah-nyumpah dan memaki hamun kepada Allah kerana
ditimpa musibah itu.

4: Zalanbur

Tugas jin ini merasuk dan menghasut manusia supaya bertengkar,
bergaduh,bermusuhan,dan membunuh.Orang yang dirasuk selalu mendapat
gelaran atau nama panggilan kerana terkenal dengan sifat panas barannya.

5: Al-Anwar

Jin ini ditugaskan untuk merasuk dan menghasut manusia 
suapaya berbuat perbuatan keji yang akan meruntuhkan nama baiknya
sendiri seperti berjudi,tikam nombor ekor,gejala sosial,onani,berzina,
lesbian,liwat dan sebagainya.Mereka yang terlibat pada mulanya cuma hanya
mencuba dan berjinak-jinak tetapi sekali mencuba membawa ketagihan
dan akhirnya menjadi hobi.Paling keji perlakuan homeseksual atau liwat 
Mereka yang mencuba sekali akan terus kekal sampai ke  mati.
Amat sukar sekali seseorang manusia itu untuk membuang tabiat keji 
itu walaupon pelbagai cara digunakan.Mereka yang terlibat
terus dengan kerja keji dan maksiat besar ini mendapat kutukan Allah seperti 
apa yang berlaku terhadap kaum Nabi Lut.


AZAZIL

Azazil adalah ketua dan raja agung seluruh kerajaan iblis sementara 
maharaja tertinggi kesemua jin ialah Thothamghiyam Yaal.
Malaikat yang ditugaskan menjaga dan memantau kesemua
kerajaan dan seluruh jin ialah malaikat Maithotorun atau kutubul Jalalah.

Maka dengan ini lengkaplah keseluruhan kerajaan jin atau disebut juga dengan nama paling
popular alam iblis. Sekarang anda telah mengetahui dengan lengkap Alam iblis yang menjadi
musuh kamu yang paling nyata.Biarpun Alam Iblis ini tidak dapat dilihat melalui mata kasar
tetapi ketajaman naluri dan pandangan 'basrah' manusia mampu melihat segala kegiatan jahat 
mereka yang sentiasa mahu menghancurkan setiap jiwa daripada umat islam.


No comments:

Post a Comment