})();

Sunday 29 December 2013

Bandar Hilang Di Dunia

Di alam dunia ini,terdapat banyak bandar yang terkenal dan
mempunyai penduduk yang ramai malah mempunyai  kekuatan tersendiri. Tetapi
sebuah bandar akan menjadi bandar mati atau hilang bila ditinggalkan oleh penduduknya
dan banyak peradaban yang bernilai hilang begitu sahaja. Ini terjadi kerana bencana
alam,perang dan lain-lain sebabnya.
Namun dengan ada nya kemajuan dalam teknologi moden,legenda
bandar yang hilang itu dapat ditemui semula oleh para penyelidik yang menemukan
kesan reruntuhan-reruntuhan bandar tersebut sehingga muncul legenda bandar
yang hilang. berikut adalah kota hilang yang paling terkenal di dunia..


1:  THE LOST CITY OF Z



The lost of  Z adalah sebuah peradaban yang hilang jauh di pendalaman
hutan di rantau Mato Grosso  Brazil (Hutan Amazon). Kota ini dikatakan adalah
sebuah peradaban yang maju dengan jaringan canggih dari jalan,jambatan dan kuil-
kuil. Hal ini dapat dibuktikan dengan penemuan alat-alatan yang begitu ganggih walaupun
ia berkedudukan di pendalaman hutan Amazon.


2: ATLANTIS



Atlantis (Yunani Purba) digambarkan oleh plato sebagai peradaban
 tanah dan laut berkuasa yang terletak "di hadapan Rukun Hercules " yang telah menakluki banyak bahagian
eropah sebelum ia tenggelam ke laut Selepas satu percubaan yang gagal untuk menyerang Athens.
Menurut mitos tradisional, kota ini tenggelam kerana kemarahan para sang dewa atas kelakuan para
penghuni kota ini ,tapi menurut penelitian kajian ilimiah kota ini mungkin tenggelam kerana gejala geologis.

3: The city of Caesar


Juga dikenali   dengan pelbagai dikenali sebagai City of Patagonia , Wandering Bandar, Trapalanda atau Trapananda , Lin Lin atau ElelΓ­n , adalah sebuah bandar mitos di hujung  Amerika Selatan. Kota ini belum pernah lagi ditemui,dan pada masa ini dianggap legenda. Kota ini digambarkan sebagai makmur dan kaya , penuh dengan emas , perak dan berlian.

4: PETRA


Petra dianggap sebagai kota paling indah malah keajaiban dunia , adalah  satu khazanah yang paling berharga buat jordan.Dengan ciri-ciri senibina indah batu,yang terukir dari batuan peergunungan di sekitar nya yang mulai dieksplorasi sejak abad 18,sehingga kini.keindahan senibina ini masih bole dilihat sehingga ke hari ini walaupun ia sudah berkurun lama diterokai.

5: TROY



Troy adalah sebuah kota legenda yang terletak di Turki moden. Dengan benteng yang megah diperkaya mayang istana dan bangunan pentadbiran , dikelilingi oleh bandar yang luas yang lebih rendah, juga diperkaya. Troy sudah lama dianngap sebagai mitos biasa,sampai akhirnya digali pada 1870-an
dan menemukan pelbagai runtuhan-runtuhan bangunan yang dianggap sebagai senireka moden di zaman nya.

6: EL DORADO


Kota ini dikatakan ditemui di hutan Amerika Selatan malah kota ini yang paling
dicari kerana mempunyai banyak emas didalam kota ini. El dorado adalah sebuah kerajaan mistik
dan sehingga ke hari ini masih belum ditemukan.Kota ini dikatakan diperintah oleh seorang raja yang kuat
dan memiliki kekayaan emas yang tak terhingga.

7: ANGKOR



Angkor di Kemboja dan sekitarnya dikenal sebagai salah satu pusat industri di
Asia bahkan dunia,dan salah satu peninggalan paling terkenal adalah kuil Angkor Wat
 dimana  kuil ini dibina sebagai perwakilan mitos Gunung Meru malah ia dianggap sebagai
monumen keagamaan Angkor.

8: MEMPHIS



Didirikan pada tahun 3100 sebelum masihi,Memphis adalah ibu kota Mesir kuno dan
menjadi pusat pentadbiran peradaban yang selama ratusan tahun sebelum akhirnya ditinggalkan
oleh penduduknya selepas Memphis merosot secara ringkas selepas dinasti ke-18 dengan kebangkitan Thebes dan Kerajaan Baru, dan dihidupkan semula di bawah Parsi sebelum jatuh ke tempat kedua berikutan lahirnya  Alexandria.DI bekas wilayah kota ini,banyak ditemukan reruntuhan bangunan -bangunan mesir kuno.

9: POMPEII


Kota Romawi Pompeii hancur dalam AD 79 setelah Gunang Vesuvius meletus
di dekatnya dan menguburkan seluruh komunitas di bawah 60 kaki abu dan batu. Kota ini diperkirakan
memiliki sekitar 20,000 penduduk pada saat itu, dan dianggap sebagai salah satu tempat percutian utama
untuk kelas atas masyarakat Rome.

10: MACHU PICHU


Dibina pada abad kelima belas Machu Picchu telah ditinggalkan apabila Empayar Inca telah ditawan oleh orang Sepanyol pada abad keenam belas.Kota ini terletak dekat lembah Urubamba di Peru,Kota ini pernah ditemukan dan dikuasai oleh conquistador,Machu Pichu menyimpan banyak peninggalan reruntuhan  kuno
yang sering disebut sebagai kuil Machu Pichu. Seni bina bangunan sangat indah pada kuil Machu Pichu
membuktikan betapa tingginya peradaban Machu Pichu saat masa jayanya.

Wednesday 25 December 2013

CODEX GIGAS

CODEX GIGAS





Codex Gigas bermaksud buku raksasa ia dipanggil sebegitu kerana 
buku yang ditulis dalam bahasa latin diatas kulit 160 ekor lembu yang dianggap
mempunyai saiz luar biasa..
 Mengikut catatan dalam  buku ini,ia ditulis pada awal abad ke-13
dibiara Ordo Benedictus di  Podlazice,Bohemia.Tapi secara tepatnya manuskrip ini
siap pada tahun 1229 masihi.
Codex Gigas ini beratnya 75 kilogram,tinggi 92 sentimeter ,lebar
50 sentimeter dan tebalnya 22 sentimeter. Isi kandungannya banyak menyentuh tentang 
ilmu sejarah ,etimologi,fisiologi,metode untuk menentukan tanggal perayaan,senarai
nama para biarawan dibiara Podlazice,kalendar,dan catatan-catatan lain.

Codex ini juga lebih dikenali sebagai al-kitab iblis. Kenapa manuskrip
ini dipanggil sebegitu rupa. Ini yang menarik perhatian pelbagai pihak. Pada halaman 290,
terdapat sebuah ilustrasi gambar iblis setinggi sekitar 50 sentimeter. Beberapa halaman 
sebelum gambar ini juga tertulis pada lembaran kulit yang menghitam dan dibuat dengan
karakter yang gelap membuatnya berbeza dengan keseluruhan isi Codex.
Tapi siapakah pula penulis dan mengapa ilutrasi iblis itu dibuat.? Pekara ini
masih tidak diketahui sehingga ke hari ini.

 Bagi mereka yang mengkaji Codex 
Gigas ini percaya bahawa buku ini ditulis pada waktu yang begitu singkat. Malah keseluruhan isi buku ini ditulis dengan cara yang begitu luar biasa. Melalui cerita Legenda,diakatakan penulis Codex merupakan seorang Biarawan yang melanggar peraturan dibiara. Dia kemudian,
dihukum dengan diikat didinding dalam posisi berdiri seumur hidup.
biarawan itu merayu dan memohon keampunan daripada hukuman yang 
luar biasa kejamnya itu. Sebagai gantinya,dia berjanji akan membuat sebuah 
buku yang memuliakan biara dan pengetahuan umat manusia selamanya 
malah dia juga berjanji akan menyelesaikannya hanya dalam satu malam.
Menjelang tengah malam ,biarawan itu menjadi ragu-ragu apakah dia dapat
menyelesaikan buku itu sendirian.? Akibat terdesak,biarawan itu akhirnya menjual jiwanya kepada iblis demi sebuah pertolongan. Iblis pun menyelesaikan manuskrip
tersebut dan sebagai penghormatan kepada iblis yang membantunya,biarawan itu menambahkan ilutrasi iblis ke dalam Codex.(INI CUMA LEGENDA)

Setelah siap ditulis ,Codex kemudiannya dipindahkan ke biara Cistercians Sedlec
dan akhirnya dibeli oleh biara Benedictus di Byoenov. Dari tahun 1477 hingga
1593,Codex tersimpan diperpustakaan di Broumov sebelum dibawa ke Praha 
pada tahun 1594 untuk menjadi sebahagian daripada koleksi Rudolf.
Setelah 359 tahun disana,pada tarikh 24 September 2007,Codex gigas akhirnya 

 kembali ke Praha sebuah wilayah Czech. Dikatakan Codex ini mempunyai 320
helaian muka surat. Tapi lapan muka suratnya telah hilang malah tiada siapa yang
mengetahui kemana ia menghilang dan apa tujuan ia diambil.....