Pages - Menu

Pages

Wednesday 15 January 2014

Orang Pertama Dalam Islam


Zaman sekarang agama islam semakin dilupakan malah majoritinya
sibuk dengan hal duniawi yang dianggap dapat memberi kehidupan yang abadi.
Ibu Bapa zaman sekarang sibuk dengan hal kerja sampai terlupa memberi didikan 
agama yang secukupnya kepada anak mereka. zaman sekarang masih ada
umat islam yang tidak pandai membaca Al-Quran malah ada segelintir yang 
tidak tahu apa itu Al-Quran.Cuba kita menanyakan soalan kepada umat 
islam zaman sekarang seperti siapakah orang pertama menjadi khalifah islam..?
belum tentu ia dapat menjawabnya dengan betul. Kalau soalannya macam ni
siapa yang mencipta telefon..? Dengan sepantas kilat menjawab Alexander
Graham Bell.Disini saya ingin kongsi ilmu tentang 30 orang pertama dalam islam
supaya dapat mengenali islam lebih dekat.


  1. Orang yang pertama menulis bismillah : Nabi Sulaiman AS
  2. Orang yang pertama minum air zamzam : Nabi Ismail AS
  3. Orang yang pertama berkhatan(bersunat) : Nabi Ibrahim AS
  4. Orang yang pertama diberikan pakaian pada hari qiamat : Nabi Ibrahim AS
  5. Orang yang pertama dipanggil oleh Allah pada hari qiamat : Nabi Adam AS
  6. Orang yang pertama mengerjakan saie antara Safa & Marwah : Sayyidatina Hajar
  7. Orang yang pertama dibangkitkan pada hari qiamat : Nabi Muhammad SAW
  8. Orang yang pertama menjadi khalifah islam : Abu Bakar As Siddiq  RA
  9. Orang yang pertama menggunakan tarikh hijrah : Umar bin Al-Khattab
  10. Orang yang pertama meletakkan jawatan khalifah dalam islam : Al-Hassan bin Ali RA
  11. Orang yang pertama menyusukan Nabi Muhammad SAW : Thuwaibah RA
  12. Orang yang pertama syahid dalam islam dari kalangan lelaki : Al-Harith bin Abi Halah
  13. Orang yang pertama syahid dalam islam dari kalangan wanita : Sumayyah binti Khabbat
  14. Orang yang pertama menulis hadis di dalam kitab /  lembaran : Abdullah bin Amru  bin Al-Ash
  15. Orang yang pertama memanah dalam perjuangan fisabillilah : Saad bin Abi Waqqas
  16. Orang yang pertama menjadi muazzin dan melaungkan adzan : Bilal bin Rabah
  17. Orang yang pertama sembahyang dengan Rasulullah SAW : Ali bin Abi Tholib
  18. Orang yang pertama membuat minbar masjid Nabi SAW : Tamim Ad-dary
  19. Orang yang pertama menghunus pedang  dalam perjuangan fisabilillah : Az-Zubair bin Al-Awwam
  20. Orang yang pertama menulis sirah Nabi Muhammad SAW : Ibban bin othman bin Affan
  21. Orang yang pertama yang beriman dengan Nabi SAW : Khadijah binti Khuwailid
  22. Orang yang pertama mengasaskan usul fiqh : imam Syafei RH
  23. Orang yang pertama membina penjara dalam islam : Ali bin Abi Tholib
  24. Orang yang pertama menjadi raja dalam islam : Muawiyah bin Abi Sufian
  25. Orang yang pertama mengadakan baitulmal : Umar Al-Khattab
  26. Orang yang pertama membuat perpustakaan awam : Harun Ar-Rasyid
  27. Orang yang pertama menghafal Al-Quran selepas Nabi Muhammad : Ali bin Abi Tholib
  28. Orang yang pertama membina menara di masjidil haram Mekah : Khalifah Abu Ja'far Al-Mansur
  29. Orang yang pertama digelar Al-muqry : Mus'ab bin Umair
  30. Orang yang pertama yang masuk ke dalam syurga : Nabi Muhammad SAW
Semoga ilmu ini dapat memberi kita manfaat dan kegunaan pada kehidupan.

No comments:

Post a Comment